Friday 9 November 2012

Hari Terakhir Sesi Persekolahan 2012


Alhamdulillah...tamat sudah sesi persekolahan bagi tahun 2012. Namun bagi kami guru-guru dan kakitangan sokongan Sk Sri Perani perjuangan masih belum tamat. Keputusan UPSR 2012 akan menjelma tidak lama lagi. 

p/s: Selamat bercuti murid-murid Sk Sri Perani.

Tuesday 6 November 2012

Keputusan UPSR 2012

Semoga kejayaan bakal menjelma. Amin

*sumber~ KPM Media Monitoring

KEPUTUSAN UPSR 2012


KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012



Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Monday 5 November 2012

Menghitung Hari

Selasa.....Rabu......Khamis.....Jumaat.


Murid-murid Sk Sri Perani kini menghitung hari demi hari sebelum bercuti panjang bagi sesi persekolahan 2012.


Blog Sk Sri Perani




Alhamdulillah...setelah 2 hari berkampung (31 Oktober 2012 dan 05 November 2012) mengikuti Kursus Pembangunan Modal Insan Guru-Guru Bahasa Melayu Daerah Kota Tinggi melalui Pembinaan Blog Di Bawah Program Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi inilah hasilnya. 

Diharapkan dengan adanya blog ini, kita semua dapat memanfaatkannya sebaik mungkin untuk kepentingan anak bangsa bersama dalam mengejar masa depan yang gemilang dan terbilang dengan izinNYA. AMIN


Semoga usaha seperti ini atau program ilmiah yang lain dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menambahkan ilmu pengetahuan para pendidik dalam mendidik anak bangsa dan seterusnya memacu transformasi pendidikan Malaysia khususnya.